Resepi kuah Kacang

Untuk Kuah Kacang:

  • ½ kilo kacang mentah – digoreng dan tumbuk kasar
  • 2 ketul gula melaka
  • Air asam jawa – 2 sudu asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan dihiris dan kemudian dikisar :

  •  5 tangkai cili kering – dikisar saja
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1  inci halia

Cara membuat kuah kacang:

  1. Hiris semua bahan dihiris, kemudian goreng dan kisar halus. Cili kering  tidak perlu digoreng, terus kisar saja.
  2. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah. Kacau rata di dalam periuk.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kepekatan boleh diubah ikut citarasa. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
  6. Kuah kacang biasanya sedikit manis untuk dimakan bersama nasi himpit
  7. Apabila mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik minyak sambil dikaau sekali sekala.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge