Rawat Tumit Pecah Dengan Mudah

Assalamualaikum.

Masaalah tumit pecah amat menyakitkan. Selain itu kitajugaakan berasa malu untuk mengayakan festen kasut yang tidak bertutup kerana ingin menutup rupa tumit kaki yang kelihatan kurang menarik. Mari kita lihat punca terjadinya tumit pecah ini.

image

Punca tumit pecah?

Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.

  • Faktor penyebab tumit pecah adalah:
    Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  •  Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  •  Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  •  Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  •  Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  •  Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Petua Tradisional untuk merawat tumit pecah ini adalah:

image

  •  Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  •  Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  •  Gosok tumit pecah dengan bawang merah.

Mungkin ada yang terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara-perkara seperti di atas. Saya ada satu penyelesaian untuk masaalah ini dengan mudah dan ringkas sahaja.

image

Amalkan penggunaan krim ajaib sebaguna iaitu krim herbal blend. Harganya tidak mahal pun satu tiub hanya RM27.50 dan boleh digunakan oleh seisi keluarga.

Setiap hari sapukan krim herbal blend ini pada tumit kaki dan InsyaAllah hasilnya tidak mengecewakan anda. Rawatlah segera sebelum keadaan tumit kaki menjadi semakin teruk.

Untuk sebarang pertanyaan hubungi saya di talian ☎️0193465419. Pengedar Shaklee Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge